Sebagai ibubapa yang prihatin kepada anak kecil, semestinya penjagaan yang rapi diperlukan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Penjagaan rapi ini meliputi aspek dalaman dan luaran termasuklah bahagian yang paling sensitif, iaitu kulit.

Kulit bayi kecil sangat sensitif kerana mereka sedang membangunkan pelindung kendiri secara semulajadi. Ada bahan yang sesuai dan ada yang tidak. Ibubapa perlu berhati-hati agar pilihan produk mandian tidak mengandungi bahan berbahaya dan mungkin memberi kesan kepada kulit si manja anda.

Jom kita tengok tips memilih produk mandian yang sesuai di bawah ini.

Pastikan Produk Yang Mempunyai Kandungan Lembut Untuk Kulit Di Kecil

Bagaimana nak tahu produk tersebut mempunyai kandungan lembut pada kulit bayi ? Tipsnya adalah pastikan kandungan produk tersebut adalah hypoallergenic dan tanpa toksik. Produk yang mengandungi alkali, alkohol dan bahan kimia lain haruslah dielakkan. Pilihlah produk yang berasaskan bahan organik dan juga tumbuhan semulajadi.

Elakkan memilih sabun biasa kerana ianya adalah kasar dan boleh menyakitkan kulit bayi seterusnya menyebabkan kemerahan dan kegatalan.

Please, NO PARABEN!

Apakah itu paraben ? Ianya adalah bahan untuk meningkatkan atau memanjangkan tempoh hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik atau ubat-ubatan.

Paraben ni memang sangat bahaya untuk bayi kerana ia boleh mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Bahayanya! Nak selamat, pilih produk yang bebas paraben dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Pastikan Memilih Produk Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Sebelum membeli sebarang produk mandian, anda kena baca kandungan produk tersebut dan pastikan ia bebas dari toksik ataupun bahan kimia berbahaya. Bukan apa, bimbang akan menimbulkan reaksi alergi pada kulit si manja yang sudah sedia sensitif. Kadang-kadang, ada juga produk yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan ruam-ruam pada si manja. Hati-hati ya!

Produk Bebas Triclosan

Triclosan bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Ianya sering dijumpai pada produk penjagaan diri. Untuk di manja, ianya boleh menyebabkan iritasi dan kulit kering kerana triclosan ini berisiko untuk menganggu hormon dalam badan.

Seperti penerangan sebelum ini, bayi sedang membentuk pelindung kendiri untuk membentuk sistem imuniti sendiri. Jika ibu-ibu menggunakan produk yang mengandungi triclosan kepada si manja mereka, dikhuatiri akan membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan mengakibatkan kurangnya pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *